standard perpustakaan universiti skop 1.0 standard ini terpakai kepada semua perpustakaan universiti di malaysia. universiti merujuk kepada mana-mana institusi pendidikan tinggi awam, swasta dan antarabangsa. bahan bercetak bahan bukan bercetak bahan malaysiana inovasi bahan digital/elektronik 2.0 tafsiran 2.1 bahan seperti buku, monograf, prosiding, tesis, terbitan bersiri, jurnal, peta, poster, bab dalam buku, majalah, surat berita, surat khabar, (cid:396)isalah, kertas kerja, kertas teknikal dan lain-lain bahan bercetak. 2.2 bahan yang disenarai dalam term and code list for rda carrier types seperti mikrofilem, mikrofis, foto, kaset audio, kaset video, kit, multimedia, filem, filem jalur, slaid dan lain-lain bahan bukan bercetak. 2.3 bahan yang boleh dimuat turun serta disimpan dalam peranti dan bahan yang boleh di akses melalui pelayar sesawang seperti e-jurnal, e-buku dan lain-lain bahan digital/elektronik. 2.4 sumber perpustakaan yang diterbit di malaysia, dan/atau mengenai malaysia yang tidak diterbit di malaysia, dan/atau yang dihasilkan oleh warganegara malaysia dengan tidak mengira bentuk, bahasa, skrip atau tarikh dihasilkan. 2.5 suatu kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. ia adalah hasil cetusan idea kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat. 2.6 organisasi atau institusi pendidikan, termasuk universiti atau kolej universiti atau kampus cawangan yang dilulus dan didaftar melalui akta institusi pendidikan tinggi swasta 1996 [akta 555] tetapi tidak ditubuh atau dibiaya oleh kerajaan. 2. 7 pangkalan data bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan. 2. 8 program bimbingan yang diberi kepada pengguna perpustakaan mengenai perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan secara bersemuka dan/atau maya. institusi pendidikan tinggi swasta (ipts) katalog atas talian (opac) kelas pendidikan pengguna 2